KUALA LUMPUR – FWD Insurance Berhad (FWD Insurance) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan para pemenang Camp Millionaire 2026, sebuah kem literasi kewangan lanjutan yang dianjurkan menerusi program Know Your Money (KYM), sekali gus meraikan pencapaian generasi muda celik kewangan Malaysia yang telah menunjukkan pengetahuan kewangan, semangat kerjasama dan kemahiran pengurusan wang yang cemerlang.

Kem pendidikan kewangan lanjutan selama tiga hari di Pusat Latihan BSN, Bangi ini menghimpunkan 111 pelajar cemerlang daripada 37 sekolah di seluruh negara, dipilih daripada 1,868 pelajar yang menyertai program celik kewangan KYM yang dilaksanakan antara April hingga Julai 2026.

Dibangunkan oleh pakar pendidikan kewangan, Little Tauke, Camp Millionaire 2026 berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2026, menawarkan pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menyeluruh bagi memperkukuh kemahiran membuat keputusan kewangan, kepimpinan, keusahawanan dan pengurusan wang dalam kalangan peserta.