Kuala Lumpur: Permohonan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan persetujuan penyelesaian cukai dan penalti RM4.8 juta, akan diputuskan pada 11 November ini.
Keputusan itu akan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi S Indra Nehru selepas mendengar hujahan kedua belah pihak pada 8 Oktober lalu.
Bekas Ahli Parlimen Baling itu memohon keputusan LHDN memansuhkan perjanjian penyelesaian bertarikh 9 Februari 2022 serta notis taksiran komposit bertarikh 22 Mac 2022 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2020, dibatalkan.
Abdul Azeez mendakwa LHDN menjalankan siasatan cukai terhadapnya pada penghujung 2021 atau awal 2022, sebelum kedua pihak mencapai persetujuan empat tahun lalu.









