KOTA BHARU: Polis percaya sindiket penyeludupan manusia yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di sepanjang Sungai Kelantan, mengambil kesempatan musim Monsun Timur Laut untuk menjalankan kegiatan mereka.
Komander Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal, berkata pihaknya menjangkakan kemungkinan peningkatan aktiviti penyeludupan ketika musim monsun kerana dalam tempoh itu anggotanya perlu memberi tumpuan kepada operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir.
Sehubungan itu, pihaknya merancang membahagikan anggota serta aset bagi melaksanakan tugas berkaitan monsun dan operasi pencegahan jenayah di negeri itu.
"Kita percaya sindiket akan mengambil kesempatan daripada musim Monsun Timur Laut memandangkan Polis Marin akan memberi tumpuan kepada operasi banjir, termasuk memindahkan dan menyelamatkan mangsa.








