KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu, berdasarkan persefahaman antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
“BN tidak ada niat untuk bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di Sarawak, kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB di Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden PPP Malaysia Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.









