Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata gabungan itu mempunyai persefahaman dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), justeru tidak pernah berhasrat meletakkan calon di mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

"BN tidak ada niat untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di Sarawak kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB.

"UMNO dan BN tidak pernah berhasrat untuk meletakkan mana-mana calon dalam PRN di Sarawak," katanya.