Bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming berkata DAP dan PH pernah berhasrat membentuk kerjasama pilihan raya dengan BN bagi menghadapi PRN Johor.PETALING JAYA: Bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming berkata parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pernah terdesak ketika mahu mendapatkan sokongan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15 pada 2022, yang menyaksikan Parlimen tergantung.
“Malah (DAP dan PH) mahu membentuk kerjasama pilihan raya dengan BN bagi menghadapi pilihan raya Johor,” kata Ong, yang meletak jawatan sebagai ahli DAP awal tahun ini, dalam hantaran di Instagram.
Kenyataan Ong itu menyusul kritikan penasihat DAP Lim Guan Eng terhadap Umno malam tadi.
Dalam klip video FMT yang dikongsi bekas Ahli Parlimen Bangi itu, Lim berkata Umno akan mengubah pendirian mengikut kesesuaian politik parti berkenaan.







