Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa keterangan saksi utama, yang disokong oleh bukti perubatan, membuktikan kesalahan kedua-dua perayu melampaui keraguan munasabah.PUTRAJAYA: Dua lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki kerana wang RM200 akan menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan terakhir mereka terhadap sabitan dan hukuman.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Rhodzariah Bujang, bersama Hakim Ahmad Terrirudin Salleh dan Azmi Ariffin, mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap S Sandanam, 38, dan R Ramesh, 37.
Kedua-dua lelaki itu juga dikenakan hukuman 12 sebatan kerana membunuh K Muthu Kumar, 48, di sebuah kilang simen terbiar di Segari, Manjung, Perak, pada Oktober 2018.









