KANGAR: Isu status rayuan penggantungan keahlian Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dalam BERSATU belum diketahui sehingga kini.
Mengesahkan perkembangan itu di sini, hari ini, Abu Bakar berkata, surat rayuan berkenaan sudah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu sebelum ini.
"Sampai hari ini saya belum mendapat sebarang maklum balas atau berita daripada pengurusan BERSATU selepas menghantar surat rayuan itu terus kepada Pengerusi Lembaga Disiplin," katanya mengulas perkembangan terbaharu isu status rayuan penggantungan keahliannya dalam BERSATU.
Beliau ditemui selepas majlis peluncuran Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

