Cape Town: Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) kini membuka peluang kepada 54 persatuan ahli untuk mengemukakan bidaan bagi menjadi tuan rumah tiga edisi akan datang Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), selepas badan induk itu mengubah semula keputusan penganjuran kejohanan berkenaan.

CAF sebelum ini mengumumkan pembatalan keputusan Disember tahun lalu yang menetapkan kejohanan itu diadakan setiap empat tahun, berbanding format dwitahunan sebelum ini.

Susulan perubahan itu, CAF kini mencari negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah edisi 2028, 2031 dan 2033.

Menerusi surat kepada semua 54 persatuan ahlinya, CAF menetapkan Selasa depan sebagai tarikh akhir untuk melengkapkan pengisytiharan hasrat membida, manakala semua dokumen bidaan termasuk jaminan kerajaan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 8 Disember ini.