Kuala Lumpur: Barisan selebriti terkenal iaitu Datuk Amy Search, Amir Masdi, Bell, Darling Ngasri serta artis tempatan Sabah, akan menjayakan program Kenduri Rakyat i LINDUNG U @ Batu Sapi
Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia ini menampilkan pelbagai aktiviti, penyertaan dan pertandingan khusus buat masyarakat sekitar serta pengunjung yang hadir.
Pelakon dan penerbit, Darling Ngasri berkata, dia serta barisan artis lain dari semenanjung, tidak sabar untuk bertemu peminat di Sandakan.
"Ini adalah pengalaman pertama saya bertemu peminat di luar semenanjung khususnya Sabah dan ia sangat mengujakan kerana bukan selalu berlaku.









