Shah Alam: Selangor menerusi Belanjawan Selangor 2027 memperuntukkan lebih RM500 juta dalam usaha mengurus sumber air di negeri ini termasuk penggantian paip, pembaikan loji rawatan air (LRA) dan pembinaan prasarana sistem bekalan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kepada dewan, sejumlah RM559 juta akan dibelanjakan bagi menggantikan paip di seluruh negeri ini bagi tahun 2027.

"Program penggantian paip mula dilaksanakan sejak tahun 2016 dengan sasaran tahunan sepanjang 150 kilometer (km) setahun. Ketika ini terdapat lebih 6,000 km paip usang yang perlu diganti.

"Namun bagi mempercepatkan pelaksanaan program penggantian paip, kerajaan negeri dan Air Selangor meningkatkan peruntukan tahunan dan meningkatkan kadar penggantian paip usang kepada 300 km setahun bermula tahun 2024.