KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah dalam persekitaran kekurangan minat belian, mencerminkan sentimen berhati-hati yang berterusan, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.37 mata atau 0.21 peratus kepada 1,582.59 daripada 1,585.96 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.47 mata kepada 1,585.49 dan turun naik antara paras terendah harian 1,579.66 dengan paras tertinggi 1,588.10 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 686 berbanding 369 manakala 497 kaunter tidak berubah, 1,232 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangan.