Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor 2026 bersamaan dua bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini dengan bayaran minimum RM1,000.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu sebagai penghargaan atas komitmen penjawat awam dalam menjayakan pelbagai inisiatif kerajaan negeri, khususnya Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Beliau berkata pakej berkenaan membantu mengupayakan golongan rentan, pelajar sekolah, wanita bekerja, petani dan pesawah bagi menghadapi krisis tenaga global.

“BKK Kita Selangor bagi 2026 sebanyak dua bulan gaji atau elaun dengan bayaran minimum RM1,000 akan disalurkan menjelang 21 Dis ini.