Pejabat Presiden PAS mendakwa kenyataan Abdul Hadi Awang dalam laporan Malaysiakini mengenai ucapannya di Melaka malam tadi dipetik di luar konteks.

Menurut pejabat itu, ucapan presiden PAS berkenaan bertujuan menjelaskan politik dalam Islam berlandaskan dosa dan pahala yang membawa kepada pemerintahan adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.

"Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian PRN Melaka," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Laporan yang dirujuk bertajuk “Pesan Hadi di Melaka: Dalam sejarah, sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam”.