KOTA KINABALU: Kawasan Pantai Timur Sabah terus mencatatkan rekod sifar kes penculikan sejak 15 Januari 2020, sekali gus meningkatkan keyakinan pelancong asing terhadap tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Victor Sanjos, berkata kejayaan itu hasil kesinambungan usaha kepimpinan terdahulu serta kerjasama erat pelbagai pihak dalam memastikan keselamatan terus terpelihara.

"Bawah kepimpinan peneraju sebelum ini, sejak 15 Januari 2020 hingga hari ini, kita masih berjaya mengekalkan rekod sifar kes penculikan.

"Apabila tahap keselamatan terjamin, pembangunan di Pantai Timur Sabah dapat berjalan lancar dan semakin meningkat, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.