GEORGE TOWN: Makmal Peralatan Ujian Automasi (ATE) guna sama di bawah inisiatif Kampus ATE Pulau Pinang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027, menawarkan akses kepada syarikat tempatan terhadap teknologi canggih, peralatan, perisian dan kepakaran bagi memperkukuh keupayaan pembangunan produk.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata kemudahan yang akan diwujudkan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) itu membolehkan syarikat ATE tempatan mendapatkan akses kepada sumber dan kepakaran yang diperlukan untuk mereka bentuk, mengintegrasikan dan mengesahkan produk mereka tanpa perlu menanggung keseluruhan kos untuk membangunkan keupayaan sedemikian secara bebas.
Beliau berkata, sebanyak 17 rakan kerjasama teknologi telah memberikan komitmen untuk menyokong empat peringkat utama pembangunan produk ATE menerusi kemudahan makmal guna sama itu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F0ed677f359c43f33935fc1747d542a64.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
