LISBON: Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak tawaran untuk mengadakan perlawanan perpisahan bersama Portugal selepas mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa, meskipun Persatuan Bolasepak Portugal (FPF) merancang memberi penghormatan terhadap kariernya.

Pemain berusia 41 tahun itu mengumumkan persaraan baru-baru ini dengan FPF berharap dapat mengatur satu perlawanan khas sebagai penghormatan terakhir buatnya. Bagaimanapun, Ronaldo tidak berhasrat untuk kembali beraksi walaupun hanya untuk satu penampilan terakhir, menurut OneFootball.

Akhbar Portugal, Observador melaporkan Ronaldo sudah memaklumkan keputusan itu kepada Presiden FPF, Pedro Proenca, beberapa jam sebelum memuat naik video perpisahannya di media sosial.