Georgetown: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sudah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menjalankan siasatan berhubung seorang wanita mendakwa anak yang juga pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di Kubang Semang, di sini, ditampar berkali-kali, dicubit sehingga lebam dan dihina guru kerana tidak mampu skor dalam subjek Prinsip Perakaunan.

Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, pihak PPD juga sudah mengadakan pertemuan dengan pelajar dan keluarganya pada petang tadi.

Katanya, JPN Pulau Pinang akan beri kerjasama penuh dengan pihak berkuasa yang terbabit dalam kes berkenaan.

"Pihak PPD sudah diarah menjalankan siasatan dan menyediakan syor tindakan serta penyelesaian lanjut.