Kangar: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan meninggal dunia di Pulau Pinang, hari ini.
Berita mengenai pemergian Zahidi dikongsikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi hantaran di laman sosial rasminya, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Datuk Zahidi. Saya amat berdukacita menerima berita pemergian sahabat saya ini.
"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh," katanya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnwarIbrahim1_789175.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
