KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan mengurniakan rahmat ke atas rohnya.

"Semoga keluarganya diberi kekuatan saat ini dan tabah dengan dugaan yang maha berat ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Zahidi, yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Besar.