PUTRAJAYA – Kerajaan kini meneroka pelaksanaan Sijil Turath Malaysia yang dijangka diperkenal tahun depan sebagai pengiktirafan rasmi kepada pelajar institusi pondok dan pengajian turath sekali gus membuka laluan untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat universiti serta membina kerjaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027, yang turut merangkumi penubuhan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia.
“Sijil ini umumnya usaha kita untuk melihat bagaimana institusi pondok dan turath mendapat pengiktirafan dan boleh dijadikan sebagai sijil yang membolehkan mereka masuk ke universiti dan juga untuk karier mereka.








