KUALA LUMPUR - Pergerakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar kediamannya selama hampir lapan jam hari ini adalah bagi memenuhi beberapa urusan termasuk pemeriksaan kesihatan, solat Jumaat dan program pemulihan, menurut Jabatan Penjara Malaysia.Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan pergerakan Najib bermula jam 10.25 pagi hingga 6.25 petang dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard serta syarat tahanan rumah yang ditetapkan.Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh berkenaan, Najib menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur.Beliau kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang diikuti sesi pengajian al-Quran bersama dengan ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan menghadiri sesi kaunseling bersama dengan Pegawai Psikologi di penjara berkenaan."Setelah selesai semua urusan tersebut, beliau telah dibawa pulang dari Penjara Kajang pada jam 5.50 petang dan sampai ke rumah di Jalan Langgak Duta pada jam 6.25 petang," menurut kenyataan itu.Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa pergerakan Najib dilaksanakan berdasarkan urusan dan keperluan yang ditetapkan selain tertakluk kepada kawalan serta seliaan jabatan berkenaan.Kenyataan itu memaklumkan aktiviti keagamaan, rawatan kesihatan serta program pemulihan dan intervensi adalah antara aspek yang diberikan perhatian dalam pengurusan individu yang sedang menjalani hukuman."Jabatan Penjara Malaysia akan terus memastikan segala urusan berkaitan dilaksanakan secara teratur, profesional dan mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.Terdahulu, media melaporkan Najib dilihat meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta pada sebelah pagi dan hanya kembali pada lewat petang sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tujuan serta tempoh pergerakan beliau di luar kediaman.- Bernama
Pergerakan Najib hampir lapan jam patuhi SOP tahanan rumah - Jabatan Penjara

Key takeaways
Najib bergerak selama hampir lapan jam hari ini untuk pemeriksaan kesihatan, solat Jumaat, dan program pemulihan.
- Najib bergerak dari jam 10.25 pagi hingga 6.25 petang.
- Beliau menghadiri pemeriksaan kesihatan dan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang.
- Pergerakan Najib mengikut SOP tahanan rumah dan di bawah kawalan Jabatan Penjara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Peguam Negara patuhi perintah tahanan Najib
- Utusan Malaysia Najib perlu patuhi empat syarat jalani tahanan rumah
- Sinar Harian Pergerakan Najib hampir lapan jam patuhi SOP tahanan rumah - Jabatan Penjara (this story)







