SHAH ALAM - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ibunya yang dipercayai maut akibat dijerut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, hari ini.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 tengah hari."Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut."Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata lelaki itu merupakan anak wanita tersebut dan motif kejadian masih dalam siasatan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan. - Bernama
Ibu maut dipercayai dijerut anak sendiri

Key takeaways
Seorang lelaki ditahan dalam siasatan kes pembunuhan ibunya yang dipercayai dijerut di Banting.
- Ketua Polis Daerah Kuala Langat mengesahkan mangsa ditemukan tidak sedarkan diri pada jam 1 tengah hari.
- Lelaki yang ditahan merupakan anak mangsa dan disyaki terlibat dalam pembunuhan.
- Motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sejauh mana kita mengenali anak sendiri?
- Berita Harian Wanita maut, dipercayai dijerut
- Sinar Harian Ibu maut dipercayai dijerut anak sendiri (this story)







