Rio De Janeiro: Peminat bola sepak boleh mula mendapatkan tiket Piala Dunia Wanita 2027 di Brazil bermula 1 Disember ini, dengan harga paling rendah ditawarkan pada AS$5.32 atau bersamaan RM21.73 sen.
Pihak penganjur mengumumkan penjualan tiket itu akan dibuka selama lapan hari pada peringkat awal, sebelum undian kejohanan berlangsung pada 11 Disember.
Tiket akan ditawarkan menerusi tiga kategori iaitu Kategori 1, 2 dan 3, dengan harga berbeza mengikut kategori serta perlawanan yang dipilih.
Beberapa pakej turut disediakan bagi memudahkan peminat merancang kehadiran mereka sepanjang kejohanan berkenaan.








