Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan polis susulan penemuan beg bagasi mencurigakan di hentian bas di hadapan bangunan KLCC, Jalan Ampang, di sini, malam ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan beg berkenaan pada jam 7.17 malam.
Katanya, Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur kemudian dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan UPB, Unit K9 dan Forensik Polis Kuala Lumpur hadir ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan mengesahkan tiada sebarang ancaman bom dalam bagasi itu.








