Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menghadiri empat urusan termasuk pemeriksaan kesihatan dan solat Jumaat sepanjang lapan jam berada di luar kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu berada di luar kediamannya bermula jam 10.25 pagi hingga jam 6.25 petang.
Beliau bukan semata-mata keluar untuk menunaikan solat Jumaat seperti dilaporkan media sebelum ini.
Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini menjelaskan, Najib menghadiri temu janji pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik.








