Shah Alam: Seorang wanita tempatan ditemukan maut dipercayai dijerut di bahagian leher oleh anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 tengah hari.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.
"Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnwarIbrahim1_789175.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

