London: Michael Carrick menegaskan cintanya terhadap Manchester United tidak akan pernah berubah meskipun baru sahaja dipecat daripada jawatan pengurus kelab itu, Khamis lalu.

Menerusi satu kenyataan di Instagram, bekas pemain tengah England berusia 45 tahun itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada United sambil menegaskan akan terus menyokong pasukan berkenaan selepas ini.

"Saya mahukan kejayaan buat Manchester United. Kelab ini sebahagian besar daripada kehidupan saya dan perkara itu tidak akan pernah berubah.

"Saya akan sentiasa berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada kelab ini dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buatnya.