Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia hari ini dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bayan Lepas, di Pulau Pinang selepas solat Isyak.

Berita pemergian beliau dikongsikan oleh bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Ahli Parlimen Arau itu berkata beliau amat berdukacita menerima berita pemergian Zahid yang disifatkannya sebagai seorang sahabat.

"Dukacita dimaklumkan atas pemergian mantan Ahli Parlimen Padang Besar, seorang yang cukup berjasa dan pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar buat kita semua.