"Adakah PAS begitu terdesak mengejar kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan perpaduan rakyat?"
Key takeaways
Naib Presiden PKR, Datuk Chang Lih Kang, mengkritik kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dianggap memecahbelahkan masyarakat. Chang menegaskan politik sepatutnya berfokus pada perbahasan dasar, bukan sentimen agama.
- Chang menyifatkan kenyataan Abdul Hadi tentang kezaliman bukan Islam sebagai mendukacitakan dan merugikan negara.
- Kritik ini susulan kenyataan Abdul Hadi semasa kempen PRN Melaka semalam.
- Chang mengingatkan bahawa keharmonian masyarakat berbilang kaum penting untuk ekonomi dan pelaburan.
Summarised automatically by AI from the original article by Malaysiakini (BM). AI can make mistakes, so check the original for details.
Perbezaan politik sepatutnya berasaskan perbahasan dasar dan penyelesaian masalah rakyat bukannya memainkan sentimen agama demi meraih sokongan, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chang Lih Kang.
Beliau menyifatkan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa sejahat-jahat orang Islam tidak sezalim orang bukan Islam sebagai amat mendukacitakan, sambil menegaskan kenyataan yang menyakitkan hati dan menyemarakkan ketegangan agama hanya merugikan negara.
“Sebagai tokoh agama yang berilmu tinggi, beliau sepatutnya menjadi teladan dalam memupuk akhlak dan perpaduan. Malangnya, ketinggian ilmu itu tidak dicerminkan melalui kebijaksanaan dalam berbicara,” katanya dalam kenyataan hari ini.