KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia, hari ini.

​Perkhabaran duka itu dimaklumkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook malam ini.

​Menerusi hantaran berkenaan, Shahidan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat dirinya selaku seorang sahabat.

​ "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Zahidi Zainul Abidin, mantan Ahli Parlimen Padang Besar.