KUALA LUMPUR: Harga bahan api jet yang lebih tinggi mungkin menjadi norma baharu untuk industri penerbangan apabila syarikat penerbangan mula bergelut dengan persekitaran lonjakan kos operasi, yang berpotensi membawa kepada tambang dan surcaj bahan api yang lebih mahal, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
Ketua Pengarah AAPA, Wong Hong, berkata industri itu menghadapi persekitaran kos yang jauh berbeza berbanding tahun sebelum ini apabila harga bahan api jet berada pada sekitar AS$80 setong daripada paras semasa AS$180 setong.
Walaupun pengguna semakin menyedari keadaan pasaran dan faktor yang mempengaruhi tambang penerbangan, syarikat penerbangan berusaha untuk mengimbangi kos operasi yang lebih tinggi dengan keperluan bagi memastikan perjalanan udara masih rendah.









%2Ffile%2Fattachments%2F890%2Fzainul_hitam_putih_683171.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
