MANILA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Manila bagi mengetuai penyertaan Malaysia dalam mesyuarat persiapan peringkat menteri menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, dengan isu Myanmar kekal sebagai antara agenda utama blok serantau itu.

Kementerian Luar, yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan sidang kemuncak yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 November itu turut memberi tumpuan kepada usaha memajukan penyelesaian secara aman melalui pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC).

"Bagi Malaysia, kerja persiapan ini penting bagi memastikan ASEAN kekal berupaya bertindak secara kolektif dalam menangani cabaran serantau.