KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Melaka menggunakan peti undi esok untuk menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan mereka yang terbabit dalam rasuah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pengundi Melaka berpeluang menyampaikan mesej tegas dan menjadi sinar harapan kepada rakyat yang mahu melihat negara bebas daripada rasuah."Beberapa hari ini, kita telah saksikan wajah sebenar sebuah ‘penyatuan’... demi undi dan kuasa, mereka tergamak menunggang agama dengan mengeluarkan fatwa menghalalkan sokongan kepada perasuah, mendajalkan lawan, hinggalah menyamakan pilihan undi dengan kewajipan wuduk."Esok, rakyat Melaka berpeluang menyampaikan mesej yang tegas melalui peti undi... tolak penunggang agama dan mereka yang bersembunyi di sebalik topeng membela kaum tetapi hakikatnya menjulang perasuah," katanya.Anwar berkata, sikap berdiam diri dan bertolak ansur terhadap rasuah sudah terlalu lama merosakkan negara dan perlu dihentikan menerusi pilihan pengundi."Kita hentikannya di peti undi esok. Selamatkan Melaka. Selamatkan negara. Undilah HARAPAN," katanya.Sebanyak 675,166 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian PRN Melaka ke-16 esok, dengan peratusan keluar mengundi dijangka mencecah 70 peratus.- Bernama
PM ajak pengundi Melaka tolak penunggang agama, perasuah

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pengundi Melaka menolak pihak yang menunggang agama dan terlibat rasuah dalam PRN Melaka ke-16.
- Anwar meminta rakyat Melaka menggunakan peti undi untuk menolak penunggang agama dan perasuah.
- Beliau menyifatkan tindakan menunggang agama sebagai tindakan yang tidak bermoral demi kuasa politik.
- Anwar menyeru pengundi menyelamatkan negara dengan memilih harapan melalui undian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 13, 2026 at 11:43 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PH Melaka ajak MCA debat empat calon DUN
- Utusan Malaysia Prestasi ekonomi Melaka sandaran BN yakinkan pengundi atas pagar
- Malaysiakini (BM) Tiada lagi beban, Zahid hentam MCA, gesa pengundi tolak BN
- Sinar Harian PM ajak pengundi Melaka tolak penunggang agama, perasuah (this story)







