PRN MELAKA | Perintah Mahkamah Tinggi pada 10 Nov yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan rumah mengundang reaksi bercampur dalam kalangan pengundi Melaka.

Perintah itu dikeluarkan pada hari yang sama pengundian awal bagi pilihan raya negeri berlangsung untuk anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing mengundi.

Tinjauan KiniTV sebelum ini menyorot pandangan yang berkata perkembangan berkenaan akan menjejaskan sokongan mereka kepada BN manakala yang lain kekal setia kepada gabungan itu. Malah ada pengundi yang berharap Najib akhirnya dapat kembali menerajui kerajaan.

“Tahu dia keluar, dia dah bayar RM50 juta keluar kanSebenarnya untuk saya memang tak bersetuju kalau dia keluar, sebabnya sebelum-sebelum ni hutang-hutang yang ada kat negara ni pun tak dapat nak disettlekan,” kata peniaga, Izzat.