PRN MELAKA | Tidak lagi terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga keharmonian dalam Jemaah Menteri, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, kini menyasarkan kritikannya terhadap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Wee Ka Siong, sambil meminta pengundi supaya menolak kembalinya gabungan itu.

Loke, yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa semalam susulan pemindahan bekas perdana menteri, Najib Razak, ke tahanan rumah, berkata demikian sebagai respons terhadap peringatan Zahid bahawa dia pernah berjanji untuk meletakkan jawatan sebaik sahaja Najib pulang ke rumah.

"Saya nak bagitahu Zahid, ini setiausaha-agung DAP, ini bukan presiden MCA. Ini Anthony Loke, bukan Wee Ka Siong.