Presiden Umno Zahid Hamidi turut memuji Loke Siew Fook, sebagai seorang yang berprinsip susulan keputusannya meletakkan jawatan menteri pengangkutan berkuat kuasa awal hari ini.MELAKA: Presiden Umno Zahid Hamidi menggesa agar tiada lagi polemik berhubung tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
Beliau juga menggesa semua pihak supaya menghormati keputusan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita tutup buku dan tiada lagi polemik ditimbulkan selepas ini.
"Mudah-mudahan yang berlaku ini memberikan pengajaran kepada kita semua, sama ada sebagai pengamal undang-undang atau pun pihak yang menjaga perundangan agar patuhilah titah dan kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita pada satu program Risda di Alor Gajah.







