Inisiatif Pemerkasaan Ilmu dan Teknologi untuk Aspirasi Rakyat (Pintar) menyasarkan 20,000 pelajar menerusi perluasan program pendidikan sains, teknologi dan inovasi di tiga lagi negeri bermula tahun tahun depan.
Key takeaways
Inisiatif Pintar menyasarkan 20,000 pelajar tahun depan melalui perluasan program STEM di tiga negeri tambahan, susulan kejayaan fasa rintis yang memberi manfaat kepada 12,240 pelajar.
- Fasa rintis lapan bulan memberi manfaat kepada 12,240 pelajar di 178 sekolah di Terengganu, Pahang dan Putrajaya.
- Program Pintar menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif dan praktikal untuk meneroka bidang teknologi secara langsung.
- Pengerusi Pintar menekankan pentingnya melahirkan generasi berkemahiran untuk meningkatkan daya saing Malaysia pada masa hadapan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Inisiatif Pemerkasaan Ilmu dan Teknologi untuk Aspirasi Rakyat (Pintar) menyasarkan 20,000 pelajar menerusi perluasan program pendidikan sains, teknologi dan inovasi di tiga lagi negeri bermula tahun tahun depan.
Sasaran itu susulan kejayaan pelaksanaan fasa rintis selama lapan bulan yang memberi manfaat kepada 12,240 pelajar di 178 sekolah di Terengganu, Pahang dan Putrajaya dari Mac hingga Oktober lalu.
Pengerusi PINTAR, Syed Azaudin Syed Ahmad berkata, perluasan program itu penting bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendedahan kepada teknologi baharu, khususnya mereka yang mempunyai akses terhad kepada pendidikan berasaskan teknologi.
“Daya saing Malaysia pada masa hadapan bukan sahaja bergantung kepada pelaburan dalam infrastruktur, industri dan teknologi, tetapi keupayaan melahirkan generasi yang berkemahiran dan inovatif.