Kuala Lumpur: Tradisi rumah terbuka yang menjadi amalan masyarakat Malaysia terus diperkukuh apabila McDonald's Malaysia (Mekdi) menganjurkan sambutan Deepavali di lima lokasi seluruh negara bagi menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dalam suasana muhibah.
Meneruskan penganjuran sulung pada 2025, Rumah Terbuka Deepavali Mekdi tahun ini berlangsung selama dua hari bermula semalam, dengan orang ramai berpeluang berkumpul bersama keluarga, rakan dan komuniti setempat sambil menikmati pelbagai aktiviti serta hidangan sempena Pesta Cahaya itu.
Pengarah Kejuruteraan dan Fasiliti McDonald's Malaysia, Ir Dr Kumaran Muthu berkata, amalan menjemput jiran, sahabat dan rakan sekerja meraikan perayaan bersama-sama adalah antara tradisi yang perlu terus dihargai kerana mampu mengeratkan hubungan masyarakat.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2F77fded7a9e9b9b5d00d826023181fad9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
