KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi meraikan kepelbagaian budaya menerusi penganjuran Rumah Terbuka Deepavali Mekdi 2026 di lima lokasi di seluruh negara.Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, rumah terbuka adalah antara tradisi yang dekat dengan masyarakat Malaysia kerana menjadi ruang untuk keluarga, rakan dan jiran berkumpul, menikmati hidangan serta meraikan perayaan bersama.Menurut beliau, menerusi penganjuran Rumah Terbuka Deepavali Mekdi, pihaknya mahu menghidupkan semangat kebersamaan dengan menyediakan ruang kepada masyarakat setempat untuk berkongsi kegembiraan sambutan berkenaan."Rumah terbuka merupakan antara tradisi yang paling dekat dengan rakyat Malaysia. Kita datang bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati makanan serta meraikan perayaan bersama jiran dan sahabat kita."Semangat inilah yang ingin kami hidupkan melalui Rumah Terbuka Deepavali Mekdi, supaya masyarakat setempat dapat berkumpul dan berkongsi kegembiraan sambutan ini," katanya dalam kenyataan.Pada Jumaat, program berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Danau Kota, Kuala Lumpur dan McDonald’s Pandu-Lalu Meru Raya, Perak sebelum diteruskan di McDonald’s Pandu-Lalu Batu Caves, Selangor, McDonald’s Pandu-Lalu Greenlane, Pulau Pinang serta McDonald’s Pandu-Lalu Ulu Tiram, Johor pada Sabtu.Mengulas lanjut, menurut Azmir, menjadi sebahagian daripada komuniti turut bermakna meraikan budaya dan tradisi yang dekat di hati pelanggan serta kru McDonald’s Malaysia.Beliau berharap sambutan itu dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan Deepavali bersama-sama.Sementara itu, Pengarah Kejuruteraan dan Fasiliti McDonald’s Malaysia, Ir Ts Dr Kumaran Muthu berkata, Deepavali yang meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan turut membawa makna perkongsian kegembiraan dengan masyarakat sekeliling.Menurut, amalan menjemput jiran, sahabat dan rakan sekerja untuk meraikan perayaan bersama keluarga adalah tradisi yang perlu terus dihargai kerana mampu mengeratkan hubungan dan menjalin persahabatan."Di Malaysia, kita biasa menjemput jiran, sahabat dan rakan sekerja untuk meraikan perayaan bersama keluarga kita. Semua dialu-alukan untuk duduk semeja dan menikmati juadah bersama."Saya harap kita akan terus menghargai amalan ini. Daripada satu jemputan untuk makan bersama, kita dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat dan menjalin persahabatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Deepavali Mekdi 2026 di McDonald’s Danau Kota Drive-Thru di sini pada Jumaat.Menurutnya, penganjuran tahun ini meneruskan tradisi rumah terbuka Deepavali yang pertama kali diadakan pada 2025, selain menjadi sebahagian daripada siri sambutan perayaan McDonald’s Malaysia sepanjang tahun ini."Sebelum ini, syarikat berkenaan turut menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun
Mekdi teruskan tradisi rumah terbuka, raikan Deepavali bersama komuniti

Key takeaways
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi rumah terbuka Deepavali 2026 di lima lokasi untuk meraikan kepelbagaian budaya.
- Rumah terbuka Deepavali Mekdi diadakan di lima lokasi di seluruh negara.
- McDonald’s ingin memupuk semangat kebersamaan dan meraikan budaya tempatan.
- Program ini diadakan pada Jumaat dan Sabtu di beberapa cawangan McDonald’s.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED
- Sinar Harian Mekdi teruskan tradisi rumah terbuka, raikan Deepavali bersama komuniti (this story)







