KOTA TINGGI – Seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang sejak Khamis ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung di Sungai Johor berhampiran Kampung Tembioh di sini, petang Jumaat.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, laporan kehilangan wanita berkenaan diterima pada jam 5.36 petang.Menurutnya, mangsa kali terakhir dikesan berada di sekitar bandar Kota Tinggi."Bertindak atas laporan diterima, satu kertas siasatan orang hilang dibuka dan sepasukan pegawai polis diketuai Ketua Polis Balai Kota Tinggi digerakkan bagi mengesan keberadaan mangsa."Pada jam 3.45 petang, Jumaat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri di Sungai Johor berhampiran Kampung Tembioh ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan," katanya dalam kenyataan.Yusof berkata, pemeriksaan lanjut oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kota Tinggi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia."Waris mangsa yang dipanggil ke lokasi untuk pengecaman awal turut mengesahkan mayat wanita yang ditemukan itu adalah ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang sebelum ini," katanya.Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk prosedur siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.Dalam pada itu, Yusof merakamkan penghargaan kepada Persatuan Nelayan Kecil Kampung Makam, Kota Tinggi atas kerjasama membantu operasi mencari dan menyelamat berkenaan.
Wanita hilang ditemukan maut di sungai

Key takeaways
Seorang wanita tempatan ditemukan meninggal dunia di Sungai Johor berhampiran Kampung Tembioh setelah dilaporkan hilang sejak Khamis.
- Wanita itu ditemukan dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri pada jam 3.45 petang Jumaat.
- Pemeriksaan lanjut mengesahkan kematian mangsa, dan waris mengesahkan identiti mayat tersebut.
- Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh Persatuan Nelayan Kecil Kampung Makam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Wanita hilang ditemukan maut di sungai (this story)









