SEREMBAN: Undang Luak Jelebu yang baharu, Datuk Azrin Khairi membuat permohonan deklarasi di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa beliau sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 yang sah seperti dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 14 Oktober 2026.
Dalam permohonan dibuat di hadapan Hakim Roz Mawar Rozain, beliau turut memohon deklarasi supaya Datuk Maarof Mat Rashad diberhenti daripada jawatan dan gelaran sebagai Undang Luak Jelebu Yang Ke-16 berkuat kuasa pada 31 Mei 2023.
Pemberhentian itu menurut permohonan berkenaan dibuat selepas dinasihatkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dalam persidangan pada 31 Julai lalu sebelum diwartakan pada 23 Oktober 2026.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2F77fded7a9e9b9b5d00d826023181fad9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

