KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI), Bank of Thailand (BOT) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama di bawah Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCT).
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM memaklumkan MoU baharu itu mewujudkan rangka kerja kerjasama antara keempat-empat bank pusat berkenaan.
Jelasnya, kerjasama itu untuk menggalakkan dan memudahkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian transaksi dua hala antara negara yang mengambil bahagian termasuk perdagangan, pelaburan dan transaksi lain yang layak.
Menurut BNM, MoU itu menggantikan MoU dua hala terdahulu mengenai Rangka Kerja Kerjasama untuk Menggalakkan Transaksi Dua Hala dalam Mata Wang Tempatan yang dimeterai antara BNM, BI dan BOT pada Ogos 2023.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2F77fded7a9e9b9b5d00d826023181fad9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

