KABONG (Sarawak): Polis menahan lelaki berusia 28 tahun selepas seorang murid Tahun Enam berusia 12 tahun didapati hamil.
Kes itu terbongkar apabila ibu mangsa membawanya ke sekolah untuk memaklumkan kehamilan kanak-kanak itu kepada pihak pengurusan.
Wanita itu menyatakan hasrat supaya anaknya berhenti sekolah untuk berkahwin dengan suspek.
Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, guru besar sekolah itu bagaimanapun merujuk perkara itu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang kemudian mengarahkan satu laporan polis dibuat berikutan mangsa masih di bawah umur.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2F77fded7a9e9b9b5d00d826023181fad9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

