Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menceroboh dan memecahkan cermin rumah di Jalan 5/17A, Petaling Jaya di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemui terbaring di halaman rumah berkenaan.
Katanya, polis menerima maklumat berhubung penemuan kesan darah di halaman rumah itu jam 9.25 pagi.
"Hasil siasatan di lokasi dan keterangan saksi mendapati lelaki terbabit disyaki menceroboh serta memecahkan cermin rumah itu.








