KUALA LUMPUR: Pembubaran Dewan Rakyat antara empat pilihan dikemuka UMNO bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP, susulan perbezaan pendirian pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata tiga pilihan lain ialah mendapatkan pengantara menerusi majlis perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan atau mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan.

Beliau berkata, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022 tidak memperuntuk klausa penamatan sebelum berakhirnya penggal Parlimen ke-15.

"Kesimpulan yang jelas dalam perkara ini adalah pembubaran Parlimen ke-15," katanya dalam kenyataan.