PUTRAJAYA – Suhu ketegangan antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan semakin terasa apabila UMNO mengemukakan empat pilihan kepada parti itu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen susulan ketidakpuasan hati DAP berhubung perkembangan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pilihan berkenaan merangkumi mendapatkan pengantaraan menerusi Majlis Perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan, mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan atau menamatkan kerjasama politik menerusi pembubaran Parlimen.Menurutnya, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022 tidak memperuntukkan klausa penamatan sebelum berakhirnya penggal Parlimen ke-15."Justeru, kesimpulan yang jelas dalam perkara ini adalah pembubaran Parlimen ke-15," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mengulas desakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azalina menyifatkannya sebagai tindakan yang dikesali.Beliau berkata, desakan secara terbuka terhadap presiden parti gabungan bukan pendekatan membina atau selari dengan semangat Perjanjian Gabungan.Sebaliknya, katanya, sebarang perbezaan pandangan antara rakan gabungan perlu diselesaikan menerusi dialog dan rundingan, bukannya tekanan awam atau desakan supaya seseorang pemimpin meletakkan jawatan."Fasal 5(c) memperuntukkan mekanisme pengantaraan menerusi Majlis Perundingan yang terdiri daripada wakil gabungan yang mengambil bahagian bagi memantau pelaksanaan Perjanjian Gabungan serta memudah cara penyelesaian secara harmoni terhadap sebarang pertikaian atau salah faham."Dalam hal ini, agak menghairankan apabila klausa pengantaraan tersebut tidak digunakan lebih awal, sedangkan perkara berkaitan pengampunan ini telah diketahui umum sejak Januari 2024," tegas beliau.Ujar Azalina, di bawah Fasal 4 Perjanjian Gabungan, UMNO mengiktiraf komitmen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menyokong Anwar dalam perkara berkaitan usul percaya, rang undang-undang perbekalan serta urusan yang menjejaskan kesahan perlembagaan Kerajaan Persekutuan.Bagaimanapun komitmen itu katanya, tidak bermaksud setiap parti perlu bersetuju tanpa syarat dengan semua pendirian atau kenyataan politik Anwar dan pemimpin parti lain.Beliau turut menegaskan bahawa Perjanjian Gabungan bukan sekadar berkaitan kerjasama politik dan perkongsian kuasa, sebaliknya turut merangkumi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera serta institusi Raja-Raja Melayu."Perenggan C dalam Mukadimah Perjanjian merupakan bahagian paling penting dalam perjanjian tersebut turut menegaskan komitmen pihak yang menandatangani untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera dari sudut p
UMNO beri empat pilihan kepada DAP, termasuk bubar Parlimen - Azalina

Key points
- PUTRAJAYA – Suhu ketegangan antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan semakin terasa apabila UMNO mengemukakan empat pilihan kepada parti itu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen susulan ketidakpuasan hati DAP berhubung perkembangan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pilihan berkenaan merangkumi mendapatkan pengantaraan menerusi Majlis Perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan, mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan atau menamatkan kerjasama politik menerusi pembubaran Parlimen.
- Mengulas desakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azalina menyifatkannya sebagai tindakan yang dikesali.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bersama terus bertanding demi beri pilihan kepada rakyat
- Free Malaysia Today PKR Sarawak digesa beri laluan kepada DAP di Batu Lintang
- Free Malaysia Today DAP ada 4 pilihan berkait tahanan di rumah Najib, kata Umno
- Sinar Harian UMNO beri empat pilihan kepada DAP, termasuk bubar Parlimen - Azalina (this story)









