PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden kekecohan yang berlaku ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Kuching City FC dan Selangor FC di Stadium Taha Ariffin, Kuching pada Ahad lalu.Badan induk bola sepak negara itu menegaskan setiap insiden yang berpotensi menjejaskan keselamatan pemain dan pegawai serta mencemarkan imej bola sepak negara akan diberikan perhatian sewajarnya.Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya juga sudah menerima laporan rasmi daripada kedua-dua kelab berhubung insiden yang berlaku pada perlawanan itu.Menurutnya, laporan berkenaan akan diteliti bersama laporan rasmi daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selain dokumen dan bukti berkaitan sebelum sebarang tindakan lanjut ditentukan."FAM memandang serius setiap insiden yang boleh menjejaskan aspek keselamatan pemain dan pegawai serta imej bola sepak negara."Sehubungan itu, FAM akan memastikan setiap laporan dan maklumat berkaitan diberikan perhatian sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, MFL pada Selasa lalu turut menyerahkan maklumat berkaitan insiden itu kepada FAM termasuk laporan daripada komisioner perlawanan, koordinator perlawanan, kumpulan pengadil, penilai pengadil dan ketua pegawai medan.Bagaimanapun, Noor Azman menjelaskan sebarang keputusan atau hukuman hanya akan ditentukan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat dan meneliti keseluruhan laporan serta bukti berdasarkan peraturan dan prosedur tatatertib yang berkuat kuasa.
FAM pandang serius insiden kekecohan di Kuching

Key takeaways
FAM menegaskan keseriusan terhadap insiden kekecohan dalam separuh akhir kedua Piala FA antara Kuching City FC dan Selangor FC, sambil menunggu laporan lengkap sebelum tindakan disiplin.
- FAM telah terima laporan rasmi dari kedua‑dua kelab dan MFL mengenai kejadian tersebut.
- Laporan akan diteliti bersama bukti dan dokumen sebelum sebarang keputusan diambil.
- Keputusan atau hukuman akan diputuskan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM menilai semua maklumat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian MFL siasat insiden kekecohan aksi Kuching City-Selangor
- Berita Harian MFL serah maklumat 'kekecohan' di Kuching kepada FAM
- Utusan Malaysia MFL serah laporan kekecohan Kuching City-Selangor kepada FAM
- Sinar Harian FAM pandang serius insiden kekecohan di Kuching (this story)









