KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak perlu tergesa-tergesa membuat keputusan berhubung peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara tersebut memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Saya belum menerima peletakan jawatan (Anthony). Surat saya sudah terima dan dia kata berkuat kuasa serta-merta, tetapi saya tentunya akan mengambil masa untuk teliti,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini hari ini.
Semalam, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan pendirian beliau untuk meletak jawatan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah pada Selasa lepas.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsolehin12_627513.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
