DHAKA – Seorang lelaki Bangladesh yang bekerja di Malaysia berdepan situasi ‘haru biru’ apabila pulang ke negara asalnya, demikian menurut portal video The Quillcast.

Klip video kejadian tersebut dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini sebelum menjadi tular.

Rakaman itu menunjukkan dia disambut oleh tiga wanita yang dipercayai isterinya secara serentak sebaik selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dengan menaiki penerbangan dari Malaysia.

Situasi yang pada mulanya gembira, bertukar kecoh apabila ketiga-tiga isteri mula menariknya supaya pulang ke rumah masing-masing.